Wednesday, August 21, 2013

NK JADI SEPERTI SAHABAT

CERITA NIE DIAMBIL DARI FB SEORANG MOTIVATOR.  SEKADAR BERKONGSI CERITA

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 KALI KE-3

TARIKH : 21 OGOS 2013
MASA ; 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SKAT

Antara ibu bapa yg hadir, kehadiran mendapat sambutan hangat.

Ucapan oleh En Amir Hamzah b. Salleh (Guru Besar Baharu SKAT)

Barisan Guru Tahun 6 yang berdedikasi

Pesanan ibunda utk anak-anak didiknya

Cikgu BM baharu yang sentiasa positif untuk mengajar anak-anak SKAT

Ibu bapa berjumpa dengan guru matapelajaran, membincangkan mengenai prestasi anak-anak mereka 

Tuesday, August 20, 2013

Tema, maksud dan logo Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2013


Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku adalah tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 yang akan disambut pada 31 Ogos tahun ini

Rasional Logo atau maksud

maksud logo merdeka 2013 tema hari kemerdekaan 2013 ke 56 logo dan maksud



  • Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56
  • Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka
  • Bulan Sabit melambangkan kedaulatan
Secara ringkas, apa yang hendak ditonjolkan pada logo ini adalah ” memupuk semangat kecintaan kepada keamanan dan Malaysia negara berdaulat”
konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara
Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan


Read more: http://www.infoharian.com/info/tema-hari-kemerdekaan-2013-ke-56-logo-dan-maksud#ixzz2cZX0q55Q

Monday, July 29, 2013

CARA DAN PANDUAN KEMASKINI SISTEM PENGURUSAN SPL KPM (dahulu e-SPLG)

Sistem Pengurusan SPL KPM (dahulu e-SPLG)
Sebelum ini Kad Pelaporan Latihan (kad biru) digunakan bagi mencatat segala butir kursus yang dihadiri oleh guru, tetapi kini eSPLG telah digunakan oleh semua Pejabat Pendidikan dan sekolah.  Cara dan panduan adalah seperti dibawah.   

1.       Klik pada MODUL INDIVIDU
2.       Masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan

3.       Dibahagian menu Pengurusan SPLG (Individu), Sila buat pilihan sama ada ingin memasukkan maklumat tentang Book Review (BR) atau Kehadiran Kursus Luar (KKL)
4.       Cara memasukkan maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL)
·         Klik pada Daftar KKL
·         Masukkan No K/P atau boleh pilih terus list Guru Di Pengkalan Data (yang di ambil dari EMIS sekolah.  Kemudian KLIK HANTAR
·         Masukkan maklumat kursus
·         Isikan maklumat diruang yang disediakan dan kemudian KLIK SIMPAN.  Setelah selesai, ulang langkah yang sama untuk masukkan KKL yang lain

5.       Cara memasukkan maklumat Book Review (BR)
·         Klik daftar pada Book Review (BR)
·         Masukkan No K/P atau boleh pilih terus list Guru Di Pengkalan Data (yang di ambil dari EMIS sekolah.  Kemudian KLIK HANTAR
·         Masukkan maklumat buku seperti;






·         Sekiranya melibatkan pembentangan, sila isi diruang yang disediakan dan kemudian klik SIMPAN.  Setelah selesai, ulang langkah yang sama untuk BR yang lain
6.       Soal Selidik ‘Traning Needs Analysis (TNA)
·         Klik pada Soal Selidik TNA di Menu Utama http://apps1.moe.gov.my/splg
·         Soal Selidik TNA ini WAJIB diisi oleh Guru

PENGEMASKINIAN DATA KURSUS MELALUI SISTEM PENGURUSAN LATIHAN SPL KPM (dahulu e-SPLG)

Assalamualaikum wbt...

Semua guru-guru SK Ampang Tinggi,

Dimohon kerjasama semua guru agar mengemaskini data kursus masing-masing (kursus-kursus luar) dalam Sistem Latihan SPL KPM (dahulu e-SPLG) di http://apps1.moe.gov.my/splg

Kerjasama tuan-tuan didahului dengan ucapan terima kasih




Thursday, July 25, 2013

PROGRAM SOLAT HAJAT&BACAAN YASIN

Assalamualaikum wbt..

Selain kita berusaha bersungguh-sungguh, tawakal kepada Allah adalah salah satu cara kita berusaha di dalam mencapai kejayaan.

SK Ampang Tinggi telahpun menerapkan kepada calon UPSR dengan program bacaan yasin dan solat hajat setiap hari jumaat. Namun pada 26 Julai 2013, sekolah telah menjemput imam dari Madrashah Seri Menanti bagi mengimamkan solat hajat dan solat dhuha serta memberi tazkirah ringkas..

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam








MOTIVASI PECUTAN AKHIR UPSR 2013

Assalamualaikum wbt.......

Alhamdulillah SK Ampang Tinggi telahpun berjaya menganjurkan satu lagi program motivasi untuk calon UPSR sebelum menduduki peperiksaan PRA-UPSR pada 23 hingga  25 Julai 2013

Penceramah dijemput khas dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), iaitu En Shahrin bin Kamarudin, Penyelia Bimbingan dan Kaunseling, Unit HEM JPNS.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam.. kreadit untuk Pn Asfa bt Abdullah
setelah selesai ceramah, murid-murid sempat bergambar kenangan bersama penceramah


 Murid sedang kusyuk mendengar ceramah sebagai bekalan untuk menghadapi peperiksaan PRA-UPSR