Wednesday, July 17, 2013

LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS, NO 119 KAMPUNG AMPANG TINGGI


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah akhirnya program yang dirancang berjaya dilaksanakan.  Asalnya program dirancang pada 27 Jun 2013.  Namun terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.  Dapat cikgu membuat beberapa kesimpulan terhadap lawatan ini.

  1. Warga Emas ini bukanlah golongan yang membebankan kerana tanpa mereka siaplah kita.  Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka di dalam memperjuangkan tanah air kita semasa penjajahan dahulu tidak dapat dinafikan.  Ada diantara kaum ibu yang sanggup mengangkat senjata sama-sama memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
  2. Pengalaman yang mereka perolehi itu tidak boleh dijual beli.  Malahan ianya boleh dijadikan motivasi atau semangat kepada murid-murid betapa susahnya kehidupan mereka pada zaman dahulu berbanding dengan zaman teknologi ini.
  3. Mereka juga adalah penyambung budaya yang semakin dilupakan seperti permainan tradisional kanak-kanak yang kini tidak lagi popular.  Apabila warga emas ini menceritakan mengenai permainan tradisional, ramai di kalangan murid lansung tidak tahu menahu mengenainya
Jika kita masih mempunyai ibu dan bapa atau nenek dan datuk.  Hargailah mereka sehingga hayat mereka masih ada.  Jangan pula kita hantar mereka ke Rumah Orang Tua2 apabila mereka tua nanti.  Jagalah mereka, sayangilah mereka seperti mana mereka menjaga dan menyayangi kita sewaktu kita dilahirkan sehingga sekarang







No comments:

Post a Comment