Sunday, April 28, 2013

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 KALI-2

aSSalamualaikum wbt
salam 1 Malaysia

Perjumpaan ibu bapa tahun 6 telah berlansung pada ketetapan berikut
tarikh : 27 April 2013
masa : 9.30 pagi
tempat : dewan SKAT

Berikut ada beberapa gambar yang sempat dirakam pada hari kejadian
Ucapan GPK 1 sebagai wakil kepada Guru Besar.

Ucapan Penyelaras Program TEKAD 2020

 Barisan Guru-guru tahun 6 yang handal2..

Tahniah diatas kehadiran ibu bapa yang sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah


Ibu bapa berjumpa dengan guru matapelajaran bagi membincangkan perkembangan akademik anak mereka

Kerjasama ibu bapa sangat dihargai oleh pihak sekolah

Ibu bapa cemerlang, anak turut cemerlang


Wednesday, April 24, 2013

ACTION SONG COMPETITION BACKDROP

Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi menjadi tuan rumah bagi Action Song Competition Daerah Kuala Pilah bagi tahun 2013.  Hari ini nak kongsi persiapan backdrop, diusahakan oleh AJK Persiapan Pentas yang diketuai oleh Pn Rusnah bt Zainal (orang kuat nie).  Cikgu-cikgu sekolah rendah ni kreatif, kerana semua kerja dari AtoZ akan dibuat oleh cikgu sendiri jika ada sesuatu program.  Klu di sekolah menengah mungkin boleh serahkan kepada pelajar sahaja.

Oleh itu, hari ni nak share ada beberapa gambar mengenai persiapan pentas sempena Pertandingan Lagu Aksi Daerah Kuala Pilah 2013

Ustazah Midah&Kak Marziah tgh bincang nak senget ke mana huruf tu

Yg baju hijau tu org kuat back drop

Ini adalah sebahagian sahaja.... Pas nie akan di masukkan pula gambar hari kejadian

Gaya seorg guru perpustakaan

Buat kerja rajin2, nt dpt upah pengat pisang..

Monday, April 22, 2013

Mural oh Mural.... Kalau ok, alhamdulillah, klu xok jgn kutuk k?





Assalamualaikum wbt
Salam 1 Malaysia


Tajuk entry ari ni adalah pasal mural.. Nak kongsi sikit mengenai pengalaman melukis mural.. Disebabkan bakat seni tu agak kurang, tapi perasaan ingin mencuba agak kuat.. Maka terconteng gaklah dinding depan bilik kaunseling tu dari kosong je.. So, klu ok alhamdulillah..klu xok jgn kutuk ye.. Bagilah kata2 semangat utk teruskan usaha menjadikan bilik kaunseling sebagai bilik yang teraputik...

mcmne ada bakat x?
hahaha.....maklumlah orang yg guna tangan kiri nie menggunakan otak kanan..
otak kanan nie lebih kepada logik, math etc.. otak kiri nie lebih kepada bahasa, seni dsb... 

idea mural nie copy dr en google, maklumlah bakat kureng cikit..
tp ada usaha pon jadik jugaklah dari xmenjadik langsung..

Belum siap.. Terpaksa sambung esok sb ada relief kelas 4UKM......  

Friday, April 19, 2013

Polisi Keselamatan Pergi dan Balik Dari Sekolah

Assalamualaikum wbt.....
Salam 1 Malaysia

Memandangkan terdapat murid SKAT telahpun mengalami kemalangan jalanraya, cikgu harap semua murid menitik beratkan keselamatan jalanraya semasa pergi dan balik..  Berikut ada sedikit info SEKOLAH SELAMAT, tatacara keselamatan pergi dan balik sekolah..


PERANAN PELAJAR
·         Pelajar mesti memastikan kenderaan yang anda naiki ke sekolah selamat.
·         Pelajar mesti mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan seperti pemandu atau polis.
·         Memahami dan mengamalkan  peraturan mengenai keselamatan diri dalam perjalanan ke sekolah.
·         Pelajar hendaklah sepanjang masa  mengamalkan langkah-langkah  keselamatan seperti berikut:
o   Sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan  berlakunya perbuatan jenayah ke atas diri pelajar.
o   Berjalan dalam kumpulan dan menggunakan laluan yang selamat.
o   Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran seni mempertahankan diri.
·         Mengelak diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.
·         Melaporkan kepada pihak pentadbir/guru/kakitangan sekolah sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan berlaku.
·         Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.

PERANAN IBU BAPA
·         Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan menguatkuasakan keselamatan murid pergi balik sekolah.
·         Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah.
·         Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri.
·         Memastikan anak-anak pergi dan balik sekolah dengan kawan-kawan atau dalam kumpulan.
·         Memastikan kenderaan yang digunakan  oleh anak dalam keadaan baik.
·         Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak dikenali.

   CARA MELINTAS
·         Melintas Jalan
o   Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas jalan.
o   Hendaklah berjalan di kaki lima.
o   Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan besar.
o   Ikut arahan trafik warden jika ada.
o   Apabila hendak melintas jalan lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan semula. Melintas apabila sudah pasti tiada kenderaan.

·         Tempat yang selamat melintas jalan raya
o   Lintasan pejalan kaki (Lintasan zebra)
o   Laluan bawah
o   Jejantas
o   Dekat lampu Isyarat
o   Di tempat-tempat yang terdapat anggota polis, warden trafik dan pengawal lalu lintas.
o   Jangan melintas jalan di celah-celah kenderaan.

·         Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki
o        Nampakkan diri anda kepada  pemandu kenderaan.
o        Setelah semua kenderaan berhenti barulah melintas dengan cermat.

TATACARA APABILA BERLAKU KEMALANGAN DI SEKOLAH ATAU DI LUAR 

KAWASAN SEKOLAH
1 Memberi rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.
2 Sekiranya perlu, hantarkan ke hospital.
3 Laporkan kemalangan kepada ibu bapa dan pihak sekolah untuk tindakan membuat laporan seterusnya kepada pihak polis.
4 Dapatkan laporan hospital dan pihak polis untuk diserahkan kepada pentadbiran sekolah bagi urusan permohonan tuntutan insurans





Thursday, April 18, 2013

Malang tak berbau....

Pembuka bicara

Salam satu Malaysia


Pada hari Rabu (17 April 2013), lebih kurang dalam pukul 5.15 petang.  Seorang murid SK Ampang Tinggi telah pun mengalami kemalangan jalanraya di hadapan sekolah setelah selesai menghadiri kegiatan Kokurikulum.

Murid tersebut adalah Mohd Aminudin dari kelas 4UKM.  Cikgu sempat melawat beliau di hospital. Alhamdulillah keadaan beliau stabil dan masih menunggu keputusan CT Scan.   Marilah kita sama-sama mendoakan supaya adik Amin cepat sembuh dan boleh kembali ke sekolah seperti biasa.



Ini adalah gambar adik Amin.  
Kepada semua murid SKAT cikgu nasihatkan supaya berhati-hati di jalan raya