Friday, April 19, 2013

Polisi Keselamatan Pergi dan Balik Dari Sekolah

Assalamualaikum wbt.....
Salam 1 Malaysia

Memandangkan terdapat murid SKAT telahpun mengalami kemalangan jalanraya, cikgu harap semua murid menitik beratkan keselamatan jalanraya semasa pergi dan balik..  Berikut ada sedikit info SEKOLAH SELAMAT, tatacara keselamatan pergi dan balik sekolah..


PERANAN PELAJAR
·         Pelajar mesti memastikan kenderaan yang anda naiki ke sekolah selamat.
·         Pelajar mesti mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan seperti pemandu atau polis.
·         Memahami dan mengamalkan  peraturan mengenai keselamatan diri dalam perjalanan ke sekolah.
·         Pelajar hendaklah sepanjang masa  mengamalkan langkah-langkah  keselamatan seperti berikut:
o   Sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan  berlakunya perbuatan jenayah ke atas diri pelajar.
o   Berjalan dalam kumpulan dan menggunakan laluan yang selamat.
o   Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran seni mempertahankan diri.
·         Mengelak diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.
·         Melaporkan kepada pihak pentadbir/guru/kakitangan sekolah sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan berlaku.
·         Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.

PERANAN IBU BAPA
·         Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan menguatkuasakan keselamatan murid pergi balik sekolah.
·         Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah.
·         Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri.
·         Memastikan anak-anak pergi dan balik sekolah dengan kawan-kawan atau dalam kumpulan.
·         Memastikan kenderaan yang digunakan  oleh anak dalam keadaan baik.
·         Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak dikenali.

   CARA MELINTAS
·         Melintas Jalan
o   Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas jalan.
o   Hendaklah berjalan di kaki lima.
o   Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan besar.
o   Ikut arahan trafik warden jika ada.
o   Apabila hendak melintas jalan lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan semula. Melintas apabila sudah pasti tiada kenderaan.

·         Tempat yang selamat melintas jalan raya
o   Lintasan pejalan kaki (Lintasan zebra)
o   Laluan bawah
o   Jejantas
o   Dekat lampu Isyarat
o   Di tempat-tempat yang terdapat anggota polis, warden trafik dan pengawal lalu lintas.
o   Jangan melintas jalan di celah-celah kenderaan.

·         Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki
o        Nampakkan diri anda kepada  pemandu kenderaan.
o        Setelah semua kenderaan berhenti barulah melintas dengan cermat.

TATACARA APABILA BERLAKU KEMALANGAN DI SEKOLAH ATAU DI LUAR 

KAWASAN SEKOLAH
1 Memberi rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.
2 Sekiranya perlu, hantarkan ke hospital.
3 Laporkan kemalangan kepada ibu bapa dan pihak sekolah untuk tindakan membuat laporan seterusnya kepada pihak polis.
4 Dapatkan laporan hospital dan pihak polis untuk diserahkan kepada pentadbiran sekolah bagi urusan permohonan tuntutan insurans





No comments:

Post a Comment