Wednesday, May 22, 2013

SELAMAT BERCUTI-SEMINAR BIJAK SIFIR KAEDAH SIFU TAJ&MODUL IS-LAH PERIBADI, AKHLAK TERPUJI

"Tidak Perlu Hafal Sifir Lagi"...
Terbuka kepada peserta berusia 9 hingga 15 tahun.
(Makan minum disediakan)
28 Mei 2013 (Selasa)
8.30 pagi hingga 4.30 petang
Kompleks Yayasan Bakti Jempol, Kg Bukit Kerdas, Jalan Utaman Batu Kikir-Bahau Negeri Sembilan
Jika berminat boleh hubungi : 013-6929382
RM 65 (jika daftar seorang)
Potongan 10% jika daftar 3 orang dan keatas.
Selamat bercuti cikgu ucapkan kepada semua warga SKAT.  Cikgu harap habiskan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah.  Jangan libatkan diri dengan aktiviti yang merbahaya seperti mandi sungai dan sebagainya.  Cuti sekolah bukan bermakna "cuti buku" yer...  Terutamanya murid tahun 6, masih ada lagi progam Teknik Menjawab Soalan dan kelas tambahan.

Jika belum ada program bolehlah ke Seminar Bijak Sifir Kaedah SifuTaj

Sunday, May 19, 2013

Majlis Persaraan Guru Besar

Majlis 1.
Tarikh : 21 Mei 2013 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan SKAT

Majlis 2.
Tarikh: 21 Mei 2013 (Selasa)
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Hotel Seri Malaysia

Kami warga SKAT mengucapkan selamat bersara pada GB
Semekar budi,
Sejambak Memori,
Jasamu diingati,
Kekal dihati.

Buku Program Persaraan, Perpisahan dan Hari Guru di Hotel Seri Malaysia

En Ruzlan b. Mohd Yusof (2012-2013)

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru Versi Kisah Sorg Murid

Assalamualaikum wbt

Ucapan Selamat Hari Guru kpd semua pendidik. Tak kira sama ada hidup ataupun yang telah tiada.  Guru yang paling hebat adalah diri kita sendiri.  Jatuh, bangun, suka, duka.  Semua itu adalah pengajaran yang mematangkan diri ini.

Hadiah yang paling bermakna sepanjang saya bergelar guru;

Pada suatu hari saya menggantikan seorang guru yang pergi kursus.  Saya ditugaskan untuk menggantikan kelas ujung.  Kebetulan pula murid sedang menyiapkan peperiksaan pendidikan seni visual mereka.  Ada seorang murid lelaki.  Murid ini terkenal dengan sifat kenakalannya.  Setelah selesai saya mengutip kertas lukisan tersebut.  Murid lelaki ini yang saya namakan dia dgn Si A duduk di sebelah rakan baiknya.  Beginilah dialognya
Si A:  Jumaat ni hari guru, ko nak bli hadiah apa untuk cikgu?
Si B:  Kita beli Pen merahlah, cikgu selalu tanda buku pakai pen merah.
Si A:  Kalau cikgu cikgu nak hadiah ape? (Si A tanya kat saya)
Cikgu:  Cikgu tak nak hadiah2 nie, cikgu nak semua anak murid cikgu jadi murid rajin, berjaya bla..bla... (Agak2 memberi ceramah gak saya kat budak berdua ni)
Si A : Kalau macam tu saya nak hadiahkan Al-Fatihahlah pd cikgu
Si B : Kau ingat cikgu dah mati ke nak baca Al-Fatihah.
Cikgu : Boleh jugak kalau nk hadiahkan cikgu Al-Fatihah, sekurang-kurangnya kalau cikgu meninggal ada gak org yang doakan cikgu nt.

(Al-Fatihah adalah hadiah yang paling bermakna buat diriku yang bergelar guru.  Walaupun bunyinya seolah-olah seperti untuk orang dah meninggal.  Sekurang-kurangnya saya tau bahawa tugas guru ini bukan sahaja di dunia malahan boleh dijadikan bekalan di sana nanti.  Yang paling mengharukan murid yang dicop nakal boleh memikirkan hadiah seistimewa itu untuk guru yang jarang masuk dlam kelas mereka..)


Assalamualaikum wbt
Salam 1 Malaysia..

Sesungguhnya janji Allah kepada umatNya.  Sekiranya sesuatu yang berlaku di dalam hidup anda sama ada buruk atau baik.  Kita kembali kepada ayat ini.  Maka kita akan mengerti sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.  Allah sedang merencanakan yang lebih baik untuk kita.  Kita sahaja yang belum mengerti.  Begitulah kehidupan kita banyak lagi perkara yang terselindung dari pandangan mata kita.  Semuanya adalah kurniaah yang Maha Esa. Walaupun pahit untuk diharungi semuanya kita dapat atasi dengan kesabaran dan bersyukur, Insyaallah..

Wednesday, May 8, 2013

MINI LIBRARY

Assalamualaikun wbt
Salam 1 M'sia

Unit Bimbingan Kaunseling telah mewujudkan mini library di Bilik Kaunseling.  Mini Library ini bertujuan untuk meningkatkan minat membaca di kalangan murid.  Selain dari itu, mini Library ini juga bertujuan untuk membekalkan buku-buku untuk dijadikan rujukan guru dan murid.

Oleh itu, sesiapa yang sudi mengumbang buku kepada Mini Library Kaunseling ini bolehlah menyerahkan buku tersebut kepada Fatin Zulaikha (Setiausaha PSR)..

Dengan adanya kerjasama anda, semoga Bilik Kaunseling SKAT menjadi lebih berilmu dan menjadi tempat rujukan bukan sahaja tempat "bilik budak bermasalah" sahaja.

Buku Teknik Belajar pun ada di sediakan..

kesianlah byk lagi ruang kosong tu, kpd adk2 kalau ada buku terpakai di rumah boleh lah menderma kpd "Mini Library" Bilik Kaunseling SKAT..

1. Buku Fiksyen BM
2. Buku Fiksyen BI
3. Buku Motivasi
4.Majalah-majalah education
5. ape2pun xpe.. bak kata pepatah orang memberi kita merasa

 

Tuesday, May 7, 2013

NEW BORN


Tahniah di ucapkan kepada Teacher Lizawati setelah selamat melahirkan bby girl






Selamat Berpantang dan Selamat Berehat


Ketika sedih, ketika susah........

Assalamualaikum wbt.......

Penatnya dengan tuntutan kerja yang banyak, kepala dah rasa tepu, otak pun xboleh nak fikir lagi

Pernah tak anda merasa macam saya rasa?

So, nak mengadu kat sape nie?

Tempat mengadu yang paling sesuai adalah...........


jangan mengadu kat facebook ye, xselesai masalah............

Wednesday, May 1, 2013

CARTA ORGANISASI PRS DONE..

Assalamulaikum wbt..

Dah lama xupdate blog sb broadband dah block.. Bukan xnk byr, tpi xde masa nk byr.. Itulah ada gak terpikir nk guna online banking nie spy senang urusan.. tp itu bukan tajuk utama entry kali ni

Carta Organisasi PRS yang baru telah selesai.. Camnie hasilnye...
rasa yang nie dak ok..

tapi bila isi gambar dia jadi mcm sarat&bsepah... ada pandangan lain x?