Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru Versi Kisah Sorg Murid

Assalamualaikum wbt

Ucapan Selamat Hari Guru kpd semua pendidik. Tak kira sama ada hidup ataupun yang telah tiada.  Guru yang paling hebat adalah diri kita sendiri.  Jatuh, bangun, suka, duka.  Semua itu adalah pengajaran yang mematangkan diri ini.

Hadiah yang paling bermakna sepanjang saya bergelar guru;

Pada suatu hari saya menggantikan seorang guru yang pergi kursus.  Saya ditugaskan untuk menggantikan kelas ujung.  Kebetulan pula murid sedang menyiapkan peperiksaan pendidikan seni visual mereka.  Ada seorang murid lelaki.  Murid ini terkenal dengan sifat kenakalannya.  Setelah selesai saya mengutip kertas lukisan tersebut.  Murid lelaki ini yang saya namakan dia dgn Si A duduk di sebelah rakan baiknya.  Beginilah dialognya
Si A:  Jumaat ni hari guru, ko nak bli hadiah apa untuk cikgu?
Si B:  Kita beli Pen merahlah, cikgu selalu tanda buku pakai pen merah.
Si A:  Kalau cikgu cikgu nak hadiah ape? (Si A tanya kat saya)
Cikgu:  Cikgu tak nak hadiah2 nie, cikgu nak semua anak murid cikgu jadi murid rajin, berjaya bla..bla... (Agak2 memberi ceramah gak saya kat budak berdua ni)
Si A : Kalau macam tu saya nak hadiahkan Al-Fatihahlah pd cikgu
Si B : Kau ingat cikgu dah mati ke nak baca Al-Fatihah.
Cikgu : Boleh jugak kalau nk hadiahkan cikgu Al-Fatihah, sekurang-kurangnya kalau cikgu meninggal ada gak org yang doakan cikgu nt.

(Al-Fatihah adalah hadiah yang paling bermakna buat diriku yang bergelar guru.  Walaupun bunyinya seolah-olah seperti untuk orang dah meninggal.  Sekurang-kurangnya saya tau bahawa tugas guru ini bukan sahaja di dunia malahan boleh dijadikan bekalan di sana nanti.  Yang paling mengharukan murid yang dicop nakal boleh memikirkan hadiah seistimewa itu untuk guru yang jarang masuk dlam kelas mereka..)

No comments:

Post a Comment