Sunday, June 30, 2013

LIRIK LAGU PRS

LAGU PRS
Giat Berusaha Mencapai Bahagia
Jati Diri Dibina
Membantu Rakan Sesama Sebaya
Pembimbing Rakan Sebaya

Kami Bukan Yang Terbaik
Dikalangan Terpilih
Kami Sebagai Modal Insani
Faham Erti Sejati

Kami PRS Seluruh Negara
Pembimbing Rakan Sebaya
Membina Visi Nan Suci
PRS Faham Sejati

Etika Kami Amalkan
Rahsia Tetap Digenggam
Prinsip Piagam Kami Amalkan

Maruah Di Pertahankan

Sunday, June 23, 2013

JEREBU


PENTING:

  • HADKAN AKTIVITI DI LUAR RUMAH
  • MINUM AIR MASAK SEKURANG2 8 GELAS SEHARI
  • JIKA ADA TANDA-TANDA SESAK NAFAS ATAU KURANG SIHAT, SEGERA KE KLINIK KESIHATAN YANG BERHAMPIRAN

Thursday, June 13, 2013

TUGAS PENGAWAS

PERANAN SEORANG PENGAWAS
  • Mengawal disiplin pelajar.
  • Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
  • Menjaga imej dan nama baik sekolah.
  • Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
  • Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
  • Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
  • Memimpin rakan-rakan pelajar.
  • Mencegah kes jenayah di sekolah.
  • Menghormati guru.
  • Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
  • Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
  • Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
  • Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
  • Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
  • Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
  • Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
  • Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
  • Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
  • Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH




  1. Melakukan perubahan kepada perkara yang lebih baik
  2. Berazam untuk lebih berjaya
  3. Melipat gandakan usaha
  4. Bersemangat untuk mendapatkan ilmu
  5. Berusaha menjadikan pembelajaran kita menyeronokkan