PERANAN SEORANG PENGAWAS
- Mengawal disiplin pelajar.
- Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
- Menjaga imej dan nama baik sekolah.
- Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
- Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
- Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
- Memimpin rakan-rakan pelajar.
- Mencegah kes jenayah di sekolah.
- Menghormati guru.
- Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
- Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
- Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
- Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
- Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
- Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
- Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
- Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
- Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin.
No comments:
Post a Comment